Sunday, July 17, 2005

Bismillah

Jauh perjalanan, luas pemandangan..dan InshaAllah akan lebih ramai kenalan. Alhamdulillah, semasa berjalan-jalan di atas muka bumi Allah ta'ala ni, sentiasa berjumpa dengan individu-individu yang terus menjadi kawan..walau berjumpa mungkin hanya dalam sejam dua.

Pernah jumpa tak someone yang sangat-sangat ceria dan bersemangat dalam bercerita, berkongsi pengalaman dan apa yang dirasainya? Dan yang paling menarik, cerita itu adalah tentang yang Maha Esa...ketakutan,kecintaan,pengharapan kepadaNya ta'ala.
Sepanjang kunjungan yang singkat dan tak seberapa dirancang, berpeluang singgah di rumah seorang mak cik, ibu pd seorang kenalan...takde bualan kosong...masing-masing terpegun dengan apa yang diperkatakan oleh mak cik ni..semuanya mengenai Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim....

Tak ramai rasanya yang boleh tanpa henti menyebut-nyebut tentang Allah ta'ala, penuh kecintaan dan kehambaan. Bahkan mungkin ada yang malu untuk berbuat sedemikian...ataupun malas nak mendengarnya...

Jazakillahu khaeer...

Saturday, July 09, 2005

Bismillah

I am sitting still
Motionless
Letting go the day passes by
Wasting every opportunities

Akukah orang yang rugi ??
Membiarkan masa berlalu
Tanpa ada pesan-memesan
Dengan kebaikan
Dalam kesabaran

Monday, July 04, 2005

Bismillah

Adakalanya kita lupa bahawa kehidupan ini adalah sementara.Lebih suka berfikir apa yang kita mahukan untuk diri kita.Payah untuk melakukan sesuatu yang kita tak mahu tetapi DIA suka.Takut terpaksa bekorban apa yang kita rasa tak mampu lakukan.
Tetapi hakikatnya kita semua tidak kekal.

Alam, kehidupan, insan.
Walaupun kita terlupa, kehidupan ini tetap akan berakhir.Walaupun terpaksa bekorban, tetapi semuanya demi satu perjuangan: Mengemis redha ar-rahman

-----

Sometimes, kita rasa boleh control semua benda. Ataupun rasa nak control semua benda.Unfortunately, tak semua benda kita dapat control.Ataupun, tak sepatutnya under our control. Takpun, tak semua orang setuju dan suka kalau kita asyik nak control semua benda.Bukankah sepatutnya musyawarah selalu? Jadi, tak terjadi tindakan yang berdasarkan assumption sahaja.Kerja berjalan dengan sepatutnya. InshaAllah, everybody'll be happy~.

Friday, July 01, 2005

CZ-untuk yg menulis

kalau tempat tu selesa, rasa best kalau duduk aje. Tak wat apa-apa keje. Just rehat-rehat memalaskan badan.

Kalau kat rumah, boleh kata semua dah tersedia. Makanan, pakaian, hiburan, semua ada. Tak payah fikir dan bersusah payah.

Tapi dalam pada tu, ada juga orang yang 'risau' untuk balik rumah. Bukan sebab ada bahaya ke atau tak suka balik rumah. Tapi, sebab takut 'ancaman' pada rohani. Yerla, dalam suasana serba selesa, senang saja kita leka. Mulalah 'slow' perjuangan menjaga qalb masing-masing.

Di Comfort Zone, kita kena sentiasa berjaga-jaga. Mujahadah pulak untuk menghadapi dugaan kesenangan.

Tuesday, June 14, 2005

Bismillah

Dari LAX ke KUL

Dalam perjalanan pulang ke tanah air. Baru sahaja menunaikan solat subuh di dalam pesawat. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar setakat ini. Walaupun letih duduk di kerusi, sekali-sekala berdiri dan berjalan dapat menghilangkan sedikit lenguh di kaki.
Dalam perjalan pulang kepada tuhan, orang yang hanyut dalam dunia mungkin boleh dianalogikan dengan orang yang hanya duduk dan tidur sahaja di sepanjang perjalanan di dalam flight. Dia tidak sedar bila sepatutnya menunaikan kewajipan solat, tidak sedar bila tiba waktunya makan dan minum dan sebagainya. Pada akhir perjalanan, seluruh sendi badan terasa sakit dan lenguh kerana kurang peredaran darah yang sempurna.Tidur di sepanjang perjalanan yang berbelas-belas jam bukankah akan menyebabkan "terlebih tidur"?
Sekiranya jika dalam kehidupan kita, kita tidak berbuat sesuatu dan menjalankan kewajipan kepada Allah ta'ala, di akhir nanti kita akan terlepas terlalu banyak perkara. Natijahnya, jiwa dan badan akan terseksa.
----
Salida
Di dalam kapal terbang ada banyak pintu keluar (emergency exits)

Di dalam bangunan pun ada banyak pintu keluar
Di dalam ISLAM pun ada banyak pintu keluar

Sekiranya jahil, pintu keluar nya menuntut ilmu
Sekiranya berdosa, pintu keluarnya bertaubat
Sekiranya bersalah, pintu keluarnya ialah meminta ma'af
Kita tidak pernah terperangkap dalam ruang yang tertutup

Sentiasa ada harapan daripada Allah ta'ala
Carilah jalan keluar
dan kembali meniti siratul mustaqim
InshaAllah...
----
Persinggahan


Tumpang lalu
Dah banyak persinggahan dah ni
Tapi tak boleh lama di sini

Di persinggahan ini
Cuma berhenti sekejap
Nak ambil apa yang perlu jer
Dan lepas tu kena jalan lagi

Kena teruskan perjalanan
Tidak kiralah berapa banyak kali kena berpisah
Harap-harapnya dapat jumpa lagi di persinggahan seterusnya

Perjalanan dan persinggahan ini
Sebab nak tambah ilmu dan bekal
dan persinggahan ini hanya sementara
yang abadi ada di hujung sana
-----


Friday, May 27, 2005

Bismillah

ha yom, yom shishi
makhar yom shabath

makhar
ani holeketh le ir she li
le mishpakha she li
ani oheveth hem meod

Thursday, May 19, 2005

Bismillah

Adakah Kita Semakin Bijak Setelah Dewasa?

Seorang kawan berkata, "Saya dah dewasa, dan dah tahu untuk memilih yang terbaik untuk diri saya", apabila ditegur mengenai kelakuannya.

Orang selalu berkata, apabila telah dewasa dia lebih bijak untuk memilih sesuatu yang terbaik bagi dirinya.
Lalu terfikir, adakah kita betul-betul "lebih bijak" setelah dewasa?

Kalau "lebih bijak", mengapa apa yang dilakukan selalunya tidak selari dengan perintah Allah azzawajall dan seruan alHabib Rasululullah salallahu a'layhi wa salam?
Adakah "lebih bijak" itu kita ukur hanya dengan logik akal kita dan menurut hawa nafsu sahaja?
Adakah kita merasa "lebih bijak" jika membelakangkan alQuran al-Karim dah sunnah Rasulullah?
Adakah kita "lebih bijak" apabila lebih menurut hawa nafsu dan menyerah kalah pada syaitan ir-rajim?

Sudah cukup bijak kah kita setelah dewasa?