Tuesday, October 03, 2006


Bismillah

Malam ramadhan

sekarang ni cuaca agak panas, siang pula jerebu mengganas. habis kelabu pemandangan, saujana mata memandang. tapi inilah anugerah Tuhan, dapat hidup lagi menyaksikan pencemaran alam, semoga dapat berfikir-fikir betapa kejamnya manusia mentadbir kurnia Tuhan. Diperintah berbuat kebaikan, tapi yang disebar-sebarkan kebanyakannya kerosakan. tadi kudengar akan ada amaran banjir di beberapa tempat.Adalah beberapa tempat bakal tenggelam.


ini bulan rahmat. berlalu sudah satu pertiga.tinggal bersisa dua pertiga lagi untuk dimanfaatkan dengan seluruh daya usaha. inilah catatan dalam kembara pulang ke asal. moga-moga, berjaya melalui ramadhan dan mencuci bersih daki-daki dosa. Ya Allah, tunjukkan kami jalan, berikan kekuatan untuk jadi hamba yang bersyukur.

hidup tidak mudah macam teori-teori di dalam buku teks. yang kalau ada masalah buntu, boleh diambil keadaan ideal untuk menyelesaikannya. buat saja assumptions yang make sense.

hidup yang real...kena ada asas untuk melakukan sesuatu..tanpa ilmu itu jadi jahil.


Hajar dah tido. Tadi dah penat 'bercerita' masa temankan abah bertadarus. Semoga nanti Hajar boleh bertadarus sama bila dah besar.

Ramadhan bersama hajar sangat manis. she's a real blessing.

Wednesday, September 20, 2006

BiSmIllahIrRahmanNirRahim


semua orang sudah sibuk memperkatakan tentang ramadhan. debarannya memang terasa..excited? teruja? duakan kita semua berjaya jadi hamba Allah yang tip top dari day 1 sampaila yang terakhir..bersama cemerlang dan lebih baik di seluruh dunia...ermmm....best nyer ... m,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,(hajar 'taip' :) )



InshaAllah, kali ini Ramadhan bersama Hajar....macam mana nanti ya =)?

ramadhan Hajar yang pertama bersama ibu abah -inshAllah!

Tuesday, September 19, 2006

bismillah

ndak perasan, dalam diam ia membusuk.ndak nampak apa yang terjadi sebab ia tertutup dan sudah agak lama dibiar. memang ada bau busuk yang terhidu sebelum ini, tapi ndak sangka pulak ia yang busuk. ingatkan yang busuk tu datang dari yang terbuka dan nampak terang-terangan. lain yang dibuang, lain pulak penyebabnya....

ice cream dlm container yg ndak diletak dlm freezer..
jd..lain kali periksa betul-betul dulu sebelum ambik keputusan dan bertindak
dont judge a book by its cover
dan letaklah sesuatu tu di tempat yang sepatutnya...




Ramadhan kareem, ramadhan mubarak!

Friday, September 08, 2006

bismillah

it's september

september,
what does it mean for me?
is it just another day, another month of the year?
nope, it means a lot for me...because
i've spent a week at penang
hajar is now three months old

i am getting older
i am getting closer to the door of death

i am getting closer to ramadhan, god willing =)
hmmm....are you ready?


semalam, ada cerita tentang bulan purnama. cahaya alam semulajadi hadiah dari Allah, Tuhan semesta alam. Memang, ndak ramai yang berkesempatan bermandi cahaya bulan purnama semalam. aku pun ndak bertuah. aku hanya duduk di bawah sinaran lampu-lampu yang hidup dengan bekalan elektrik. ndak terfikir mahu melihat bulan purnama lalu jadi kagum dan memuji-muji. lalu, aku menjadi hamba yang kurang berfikir untuk menyuburkan hati dan kurang berzikir untuk menyuci menghidupkan hati. lampu-lampu kalimantang di rumah inipun, mungkin jarang ku syukuri. sedangkan cahaya nya hanya akan ada kalau Allah izinkan ...

kalau lampu kalimantang padam, akupun lena. di tengah pagi buta, malam dengan cahaya alam...jarangnya berjaga untuk meraikan detik-detik ibadah tanda cinta agung, syukur padaNya yang Maha Esa. Alahai, betapa alpa,lalai,malasnya aku sebagai hamba.

nanti menjelang bulan puasa, tentu ramai yang berpusu-pusu untuk mencari dan mengintip kelibat sang bulan. berdebar-debar menunggu saat pintu-pintu rahmat,keampunan,syurga Tuhan dibuka.akupun ndak pasti, adakah aku akan berpeluang menikmati saat-saat barakah itu nanti. ya Tuhan, kasihanilah kami...berikanlah kami yang terbaik di dunia dan akhirat.

Saturday, August 26, 2006

bismillah


God, Mighty and Majesty says: "Those who read the Book of God, and establish prayer, and spend, secretly and openly, from that which he Has bestowed upon them, they look forward to imperishable gain, so that He will fully recompense them their wages and increase them of His grace. Indeed, He is all-forgiving, thankful"

Qur'an 35: 29-30

saat debaran kian terasa ... terbayang-bayang memori tahun-tahun silam. saat indah dan manis bersamanya...

pada saat kemuncak meriahnya ramadhan...

Thursday, August 24, 2006

bismillah

menulis itu nikmat
bila ada minat, aku menulis
bila ada bakat, orang cari makan buat duit
wartawan, sasterawan, novelis, penulis, dan macam-macam jenis kerjaya lagi
bila ada ilmu, ilmuwan menulis
hasilnya dikongsi ramai orang
manfaatnya tinggal dicedok satu persatu

kawan-kawanku menulis
sedap bahasa cantik ideanya
menarik
nampak usaha di sebalik ayat-ayat
luahan idea, hati, atau perasaan
yang berkongsi ilmu
bukannya senang
tapi mereka tetap gigih menulis

menulis, menulis
teruslah menulis
agar aku terus dapat membaca
celikkan mata, hati dan minda

Monday, August 21, 2006

bismillah

kataku mahu kembali dengan berjaya melalui jalan lurus dan tidak kesasar. Tapi nyatanya jalan yang kulalui ini lebih bengkang-bengkok, jauh dan melelahkan.

tiada niat untuk membohongi tetapi diri sendiri ditipu olehku. aku selalu keliru antara apa yang kumahu dengan apa yang kuperbuat. di mana perginya kesedaran ku ini.

adakah aku keliru atau aku terus-terusan menipu, ditipu, dan tertipu?

masih merangkak atas titian ...