Friday, September 11, 2009

bismillaah

hmmm...tinggal 1/3...sedikit sahaja yang tinggal...
bagaimana ya corak perjuangan ku 20 hari yang lalu? berkorban kah, terkorbankah, mengorbankan kah?

meriahkah alQuran di jiwa kita ini? atau masih senyap-sunyi dengan helaian yang masih tersusun rapi?

basahkah sudah mata kita ini? atau masih kering kontang dengan hati yang kaku, keras?

lenguhkah sudah kaki kita ini? atau masih senang-senang duduk dan berbaring dalam rehat panjang yang enak?

bagaimana pula dengan kamu?


Ya Allaah, kasihanilah kami...berilah kami kekuatan untuk terus mengemis ampunanMu, untuk terus-terusan bekerja dan berharap untuk taman-taman syurgaMu

Saturday, August 29, 2009

bismillaah


aku mengira hari demi hari, sudah lebih satu per lima ramadhan berlalu..sudahkah diambil peluang secukupnya? atau aku masih kerugian, dan terus membazirkan kesempatan?

aku menyaksikan satu demi satu, hamba-hamba Allaah yang berlumba berbuat kebaikan. Mereka bersengkang mata, ke sana dan ke mari, bekerja keras membantu orang lain, berusaha menyebarkan agama Allaah, menempah rumah-rumah di syurga. Bilakah aku akan punya momentum sekuat mereka?

Tuesday, August 25, 2009

bismillaah

sudah tiga hari berlalu. TIGA HARI!!!! sudah 1 per sepuluh Ramadhan pergi. Begitu cepat sedangkan kita masih terkial-kial membina rentak.

teruskan usaha untuk makin dekat kepadaNya, teruskan mengetuk2 di pintu-pintuNya...
teruskan berusaha,memohon, mengharap...merayulah

Saturday, August 22, 2009


bismillaah

Ramadhan ku...

waktu kecil dulu, main concern bila ramadhan tiba ialah lapar dan dahaga yang bakal dilalui. terbayang-bayang betapa letih dan tidak bertenaga sepanjang bulan ramadhan. tempoh 30 hari terasa begitu lama dan menyeksaan.

Alhamdulillaah, itu kisah lama. Sekarang hati berasa teruja bila Ramadhan tiba. Bersyukur yang tidak terhingga bila masih berkesempatan menyambut Ramadhan. Main concern sudah bertukar kepada kemampuan untuk memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya, mampukah menjalankan sebanyak-banyak ibadah untuk mendapatkan keampunan Allaah dan 'ajr dariNya. Harapan yang tinggi diletakkan untuk menjadi lebih baik melalui tarbiyyah di sepanjang bulan Ramadhan. Persiapan bukan lagi makan dan minum sebanyak-banyaknya semasa sahur, tetapi lebih kepada membuat jadual harian, senarai doa yang ingin dipohon, dan perkara-perkara berkaitan yang boleh membantu fokus di dalam bulan Ramadhan. 30 hari tidak lagi terasa lama, bahkan terasa begitu cepat berakhir dan berlalu pergi.

Moga kita semua beroleh kejayaan abadi

Sunday, August 09, 2009

bismillaah

berjalan menyisir tepian pantai, anak-anak teruja dan gembira melihat indahnya biru kehijauan air laut di bawah sana. SubhanAllaah, bila berjalan melihat alam ciptaan Tuhan memang tiada alasan untuk tidak mengucapkan pujian, untuk mengucapkan syukur, untuk berasa bertuah..

duduk di atas rumput yang hijau, ditiup angin dingin yang segar
bermain di pasir pantai yang lembut, menunggu ombak yang beralun menyentuh kaki
Alhamdulillaah segar..

meredah malam, terlihat indah bulan mengambang
biar lampu neon bertebaran, cahaya bulan tetap gah di atas sana
mashaAllaah...alam ini mmg indah..

~friday august 07.09 ISGV da'wah talk
~saturday august 08.09 San Diego beach..muslims families picnic

Saturday, August 08, 2009

bismillaah

bagai seorang pemandu kehilangan GPS nya
bagai si celik yang hilang penglihatannya
bagai si buta yang hilang tongkatnya
terpinga-pinga, hilang arah
boleh jadi pening
boleh jadi letih
mencari arah yang betul
bisa tersesat mencari jalan

kalau seorang manusia tiada petunjuk dari Allaah
tanpa hidayah dalam kehidupannya
berpusing-pusing dalam kegelapan
letih, hilang harap dalam mencari jalan yang benar, lurus
terus sesat dalam kezaliman dirinya

ya Allaah,
tunjukkan kami jalan yang lurus
tetapkan hati kami dalam hidayahMu

~GEMS gotten on the way back from Br.Yusha Evans'/WhyIslam lecture at Islamic Center of San Gabriel, CA

Friday, August 07, 2009

bismillaah

alhamdulillaah, hari ini masih hidup
aku bersyukur masih diberi nikmat Iman dan Islam
aku bersyukur masih dikelilingi keluarga dalam kesihatan dan rezeki yang cukup
masih punya makanan, minuman, tempat tinggal, dan kenderaan

aku bersyukur masih boleh berfikir,melihat, mendengar, menghidu,berjalan
masih punya tubuh badan yang sihat, anggota badan yang boleh bergerak
masih boleh tersenyum dan gembira
masih boleh menangis dan menginsafi diri