Thursday, April 20, 2006

Bismillah

Assalamua'laykum warahmatullah

Minta doa daripada sahabat-sahabat semua, moga segala urusan ana dipermudahkan.
Agar dikurniakan qurrata a'yun dengan selamat :)

Jazaakumullahu khayran katheera

Umm ....
Bismillah

Salam yang teristimewa

untuk sahabat yang dekat di mata
yang jauh nun di sana
yang di tepi
yang di sisi
yang di hati

jarak mungkin memisahkan kita
satu masa kita bertemu, bersama
pada putaran masa yang selepasnya
kita berpisah, berjauhan fizikalnya

namun,
di mana pun adalah bumi Allah
perjuangan harus terus
dalam jatuh bangun
dalam naik turun
dalam kuat lemah
dalam sihat sakit
biarlah langkah tetap berjalan
moga ada kebangkitan selepas kejatuhan

kita bertemu
pastinya akan berpisah
tidak kira lama atau sekejap
jauh atau dekat
memori, ingatan
yang dibawa ke mana-mana
moga diiring doa kebaikan untuk semua ...

walau mungkin kita terpisah dalam erti di mana kita berpijak
walau mungkin hari ini hari terakhir kita bersua
moga perjuangan ini akan menemukan kita semula
suatu hari nanti, dalam alam ini atau yang abadi ...

andai kata kau atau aku pergi dari sini
doakanlah agar semarak juang bertambah berapi
capaian suaramu dan suaraku lebih lantang
menyentuh, menggetar hati agar lebih ramai menyintai dan hidup dengan Islam yang sejati kembali
agar pemikiran kaffah yang kita fahami
memuka ruang fikir yang lebih bijaksana
menyeluruh dan bersatu ...

Thursday, April 13, 2006

Bismillah

mekar, ceria bersama iman

kecerdasan spiritual
therapy dengan iman ...
13:28

sometimes we just dont have a clue for what is the best for us,
only He knows,
always ...

Monday, April 10, 2006

Bismillah

Jatuh cinta
Tapi bukan untuk kali pertama
Sudah lama cinta berputik
Tapi setiap kali mendengar tentang dia
Cinta mesti hadir lagi kerana tidak mampu menipu hati sendiri

Siapa yang tidak jatuh hati
Pada peribadi paling indah di muka bumi
Tidak mungkin ada yang lebih menawan darinya
Meski tidak pernah bersua
Cinta tetap mekar subur memenuhi rongga-rongga jiwa

Rasulku, Nabiku,
Kekasih Rabbku,
Cerita tentangnya indah
Sirahnya megah dan gagah

Jatuh cinta lagi
Pada Rasulku, Nabiku
Pada yang mengakhiri senarai para anbiya'
Pada yang menyemai benih tauhid yang bercahaya ...

Rasulku, Nabiku
Muhammad al-mustafa

Sunday, April 09, 2006

Bismillah

Dengan masa kita meningkat dewasa
Matang dengan pengalaman dan asam garam kehidupan ...

Sekali-sekala,
Meluangkan sedikit masa dengan insan-insan yang punya kekurangan,
boleh mencetus kelainan dalam diari seharian ...
Bahkan boleh memberi kita laluan untuk keluar sebentar dari rutin harian yang kadangkala membebankan ...
Walau mereka mungkin tidak punya nasib yang sebaik kita,
Mereka tetap mampu senyum dan ketawa,
Meniti kehidupan dengan ketabahan,
Bahkan mampu menceriakan insan lain yang kelelahan dengan kehidupan ...

Tuhan,
Kau berikan kami peluang ini,
Peluang untuk berbakti pada insan-insan yang Kau kasihi,
Kelompok insan yang RasulMu cintai ...

Tuhan,
Kau berikan kami kesempatan ini,
Berkongsi senyum tawa mereka,
Walau dalam masa dan sumbangan yang terbatas,
Kau tumbuhkan rasa kasih dan sayang antara kami ...

Tuhan,
Terimalah ini daripada kami,
Moga menambah bekal dalam menuju padaMu,
Walau terlalu banyak cacat dan kurangnya ...

Dedikasi untuk adik-adikku di PKAYIS, Gemereh.

Thursday, April 06, 2006

Bismillah

Hadirnya kita di sini adalah dengan kehendaknya,
Telah tertulis segalanya dan telah diangkat pena...

Mahu atau tidak, selagi kita masih bernyawa setiap hari kita akan bergerak bersama masa.
Ramai yang merancang kehidupan dan masa depan, namun tidak segalanya akan terjadi seperti yang diinginkan.

Perubahan, perbezaan, atau kejutan mungkin boleh hadir tanpa diminta, tanpa diduga, atau tanpa diundang.
Namun, siapalah manusia untuk melatah atas segala yang berlaku. Yang ada pada kita adalah untuk menerima dan berusaha menyesuaikan diri dengan setiap apa yang telah dituliskan untuk kita.

Allah punya pengetahuan atas segala sesuatu dan kita, dalam segala keterbatasan harus rela dan menyerah kepadaNya. Dibekalkan doa sebagai senjata, terpulang pada kita untuk menggunakannnya dengan taktik dan usaha yang terbaik.


I love Allah,
I love His Messenger (pbuh),
I love Islam,
I love green,
I love peace ...

Tuesday, April 04, 2006

Bismillah

Rumahku, Sekolahku

Tak perlu tunggu sampai masuk ke sekolah baru kita mula nak belajar.
Bermula seawal dari rumah kita sudah boleh belajar ilmu-ilmu yang penting.
Daripada mengenal abjad a-z, mengenal nombor-nombor 0-9, dan mengenal alif-ya,
sehinggalah ilmu-ilmu sains asas seperti kita memerlukan air, udara, dan cahaya untuk terus hidup.

Di samping itu, mengenal Allah juga bermula daripada rumah. Belajar kalimah syahadah, solat, puasa, dan sebagainya. Tidak perlu menunggu pada asatizah di sekolah untuk mengajarkan itu semua.

Dari rumah, bermula banyak perkara. Pengalaman, keyakinan, ketrampilan, peribadi, dan personaliti adalah di antara pelbagai perkara yang kita pelajari sedikit sebanyak daripada rumah. Memang persekitaran juga banyak mengajar dan membentuk kita, tetapi segalanya bermula daripada rumah, daripada ibu-bapa, adik-beradik, dan sanak-saudara...