Friday, September 08, 2006

bismillah

it's september

september,
what does it mean for me?
is it just another day, another month of the year?
nope, it means a lot for me...because
i've spent a week at penang
hajar is now three months old

i am getting older
i am getting closer to the door of death

i am getting closer to ramadhan, god willing =)
hmmm....are you ready?


semalam, ada cerita tentang bulan purnama. cahaya alam semulajadi hadiah dari Allah, Tuhan semesta alam. Memang, ndak ramai yang berkesempatan bermandi cahaya bulan purnama semalam. aku pun ndak bertuah. aku hanya duduk di bawah sinaran lampu-lampu yang hidup dengan bekalan elektrik. ndak terfikir mahu melihat bulan purnama lalu jadi kagum dan memuji-muji. lalu, aku menjadi hamba yang kurang berfikir untuk menyuburkan hati dan kurang berzikir untuk menyuci menghidupkan hati. lampu-lampu kalimantang di rumah inipun, mungkin jarang ku syukuri. sedangkan cahaya nya hanya akan ada kalau Allah izinkan ...

kalau lampu kalimantang padam, akupun lena. di tengah pagi buta, malam dengan cahaya alam...jarangnya berjaga untuk meraikan detik-detik ibadah tanda cinta agung, syukur padaNya yang Maha Esa. Alahai, betapa alpa,lalai,malasnya aku sebagai hamba.

nanti menjelang bulan puasa, tentu ramai yang berpusu-pusu untuk mencari dan mengintip kelibat sang bulan. berdebar-debar menunggu saat pintu-pintu rahmat,keampunan,syurga Tuhan dibuka.akupun ndak pasti, adakah aku akan berpeluang menikmati saat-saat barakah itu nanti. ya Tuhan, kasihanilah kami...berikanlah kami yang terbaik di dunia dan akhirat.

Saturday, August 26, 2006

bismillah


God, Mighty and Majesty says: "Those who read the Book of God, and establish prayer, and spend, secretly and openly, from that which he Has bestowed upon them, they look forward to imperishable gain, so that He will fully recompense them their wages and increase them of His grace. Indeed, He is all-forgiving, thankful"

Qur'an 35: 29-30

saat debaran kian terasa ... terbayang-bayang memori tahun-tahun silam. saat indah dan manis bersamanya...

pada saat kemuncak meriahnya ramadhan...

Thursday, August 24, 2006

bismillah

menulis itu nikmat
bila ada minat, aku menulis
bila ada bakat, orang cari makan buat duit
wartawan, sasterawan, novelis, penulis, dan macam-macam jenis kerjaya lagi
bila ada ilmu, ilmuwan menulis
hasilnya dikongsi ramai orang
manfaatnya tinggal dicedok satu persatu

kawan-kawanku menulis
sedap bahasa cantik ideanya
menarik
nampak usaha di sebalik ayat-ayat
luahan idea, hati, atau perasaan
yang berkongsi ilmu
bukannya senang
tapi mereka tetap gigih menulis

menulis, menulis
teruslah menulis
agar aku terus dapat membaca
celikkan mata, hati dan minda

Monday, August 21, 2006

bismillah

kataku mahu kembali dengan berjaya melalui jalan lurus dan tidak kesasar. Tapi nyatanya jalan yang kulalui ini lebih bengkang-bengkok, jauh dan melelahkan.

tiada niat untuk membohongi tetapi diri sendiri ditipu olehku. aku selalu keliru antara apa yang kumahu dengan apa yang kuperbuat. di mana perginya kesedaran ku ini.

adakah aku keliru atau aku terus-terusan menipu, ditipu, dan tertipu?

masih merangkak atas titian ...

Tuesday, August 08, 2006

bismillah

"risau nak tinggalkan dia seorang..."

risau dia tertidur dan tak sempat nak buat kerja-kerja yang sepatutnya. kalau berseorangan, nanti tiada yang dapat tolong mengejutkannya untuk bangun dari tidur. masa akan berlalu dan kerja-kerja akan terbengkalai.

risau dia tak dapat menghadapi apa-apa bahaya jika sendirian. kekuatan individu yang kerdil mungkin tidak mampu menahan cabaran dari setiap sudut yang 360 darjah itu. bukankah serigala lebih suka menyerang kambing yang tinggal seekor dan terasing dari gerombolannya?

risau dia tidak tahu bahawa mencuba berenang di arus deras itu bahaya. amatur yang cuba berenang sendirian di arus deras mungkin boleh lemas. bila sendirian tidak ada orang yang akan cuba menghalang dan menyelamatkannya dari hanyut. bukankah itu berbahaya?

risau nanti dia tinggal sendiri dan rasa dipinggirkan. merajuknya nanti panjang lalu menghilangkan dirinya. emosi jadi kacau kalau asyik duduk mengelamun sendiri. bukankah kita tidak suka kalau begini?

jangan tinggalkan dia sendirian
jangan tinggalkan aku sendirian
hidup atas jalan sempit berliku ini
kala senang, jatuh dan bangun

1001 versi cerita atas dunia. samada kita percaya, terpedaya, marah, benci, geram, suka, gembira... ujian datang ketika menilai dan membuat kesimpulan. akan lebih mudahkah nampak perkara atau tambah kusutkah dengan simpulan yang haru-biru...tiada jalan pintas untuk sesuatu...

Thursday, August 03, 2006

bismillah

bila sampai di sana, hari dahpun gelap. kedatangan disambut oleh suara air sungai yang mengalir di tepi parking lot dan juga titisan hujan renyai dari langit. Tapi, sebab dah gelap sungai tak nampak. bergegas ke chalet sebab dah malam dan hujan.

selepas maghrib, makan malam. alhamdulillah jumpa dengan peserta-peserta stc malaysia 06. agak excited untuk berjumpa dengan sisters yang dah lama tak jumpa. tapi, terkejut sikit sebab muka yang familiar cuma ada 3. selebihnya 3 orang lagi baru jer kenal masa tu. alhamdulillah. ada kenalan baru.
tercari-cari, di mana yang lain? mungkin ada banyak agenda dan perkara lain yang perlu diuruskan selain dari stc ni. bumi malaysia dengan amerika kan tak sama. di sini ada keluarga, ada kerjaya, dan ada macam-macam lagi kesibukan lain. hajar dan ibu abahnya serta mcik mimi pun sempat singgah semalaman saja.inshaAllah harapnya boleh berjumpa di kesempatan dan tempat yang lain di atas sabil ini.

aktiviti malam tu pun tak dapat nak join sebab jaga hajar dan black out awal. tapi yang lain-lain ada diskusi di dewan awam.

esoknya pagi-pagi lagi terpaksa meninggalkan tempat yang ada sungai yang jernih mengalir tu. sempat turun ke sungai basuh tangan. sungai tu pun depan mata je. mashaAllah..sejuk airnya.

hari ahad, datang balik ke stc malaysia 06. sempat dengar pengisian dari akh awang, seorang peguam dan juga pendakwah. tak dapat concentrate sangat sebab si kecil minta lebih banyak perhatian. selepas tu diikuti dengan resolusi. dengan jumlah yang hadir, begitu besar sumbangan yang dirancang untuk memajukan dakwah dan tarbiyyah Islam. inshaAllah, semoga Allah permudahkan segala perancangan dan sumbangan yang dijanjikan akan terlaksana. meriah lah lapangan dakwah tarbiyyah agama kita.

zuhur, hujan turun lagi. Alhamdulillah..melimpah rahmat Tuhan. tapi stc telah berakhir. masing-masing ucap salam dan berpisah untuk meneruskan perjuangan. selamat berjuang pada semua termasuk diri sendiri, suami, dan anak.

Monday, July 31, 2006

bismillah

zaman sekarang ni..berjalan-jalan di bumi Tuhan dah boleh bergerak dengan cepat
naik kereta... lalu lebuhraya,
naik kapal terbang..membelah angkasaraya
seronoknya melihat alam semesta ni
di desa ada sungai... airnya jernih,sejuk
di kota banyak kereta dan bangunan tinggi, tingginya teknologi
mashaAllah ... hebatnya semua kejadian ciptaanNya ini

tapi,
jalan, jalan jugak
seronok, seronok jugak
harapnya tak tinggal zikir pada Tuhan
alangkah bahagianya kalau dapat mengecapi keindahan di dunia
dan akhirat
semoga...

hajar...
teman musafir ibu abah
ibu sayang kamu