Monday, May 07, 2012

Sepasang Kakiku

Bismillaah

Alhamdulillaah, saya ada sepasang kaki yang sihat dan boleh berfungsi dengan baik.
Tapi, adakah cukup dengan sepasang kaki yang sihat?
Bila pinggang sakit, kita sudah tidak larat berjalan,
Bila ada batu karang, sudah tidak mampu melangkah,
Bila buah pinggang ada jangkitan kuman, aduh! Sakit sehingga kaki tidak larat berdiri,
Bila kepala pening, selangkah maju lalu jatuh kembali...

Sepasang kaki tidak mampu bergerak sendiri tanpa sinergi dengan anggota yang lain,
Sepasang kaki tidak memberi erti jika tidak dibawa tunduk di hadapan Allaah rabb al-a'lamin

Kita juga begitu
Kita tidak berdaya hidup tanpa sinergi dengan alam dan manusia
Kita tidak ada erti jika tidak mahu tunduk sebagai hamba

Thursday, May 03, 2012

It is life

bismillaah

Having quite times exclusively for myself is a rare opportunity these days. Alhamdulillaah, I am staying home these past few days to get some rest before another chapter opens in my life. All 3 children are going to kindy :) and abah is off to his office.

besides my usual going-around-the-home and finding things to clean and tidy up, I've got this chance of reflecting on life. It is fast and always a surprise, be it a nice one or not.

Alhamdulillaah, all my children are healthy and happy, my husband is enjoying his choice of career, and I am on the way to complete my phd. I've prayed for many things to happen, and Allah gave them to me. Yet, there are lots and lots more which I never asked for, but Allaah knows very well that I needed them so, He gave them to me. His plan are all beautiful.

As much as we thought that we have been making tons of du'a, there are much more that we forget or do not even aware that we have to ask Allaah for them. Allaah is the All Knower, The Most Merciful and Kind -  He knows us very well. He gives without asking for return. He gives without being asked. He provides without fees.

Life is beautiful if we bow to Allaah and live life according to His prescription-mashAllaah.

Friday, April 27, 2012

Pak guard

bismillah

bila baca kisah Imam Ahmad yang diheret keluar dari sebuah masjid, sampailah Imam Ahmad ended up in a bakery shop in front of the masjid. Baker yang baik hati jemput Imam Ahmad tumpang tidur di kedainya sambil baker tu buat kerja-baking- over the night. All those while, none knew that the kicked out man was Imam Ahmad since he covered himself so that people didn't notice him, a very well known Islamic scholar at that time. Did Imam Ahmad mengeluh dan perkenal diri supaya dapat layanan lebih baik?

uhuuhuh...teringat pulak bila Pak Guard satu sekolah kebangsaan ni ketuk cermin kereta dan suruh parking di luar sebab hanya guru dan kakitangan sekolah jer yang boleh parking dalam kawasan sekolah. Kite punyalah rasa sebak...over sensitive la ni sebab tengah 9 months pregnant dan kalau nak berjalan jauh tu memang agak menyeksakan LOL. Tujuan ke sini cuma nak drop sampul surat untuk pendaftaran sekolah anak jer, mungkin hanya ambil masa kurang dari 5 minit. Tapi, mengalah jer dan parking kereta di luar. Dah tu, bila nak masuk balik sekolah tu, kena suruh isi borang pulak. Nak berurusan di pejabat sekolah tu cuma seminit jer. Tapi, isilah jugak. Pak guard tu semestinya hanya menurut perintah. Dalam hati takdelah merungut pun, cuma tetiba rasa sedih pulak bila takde rasa kasihan pada orang yang tengah sarat mengandung...uhuhuhu...over sensitive.

Bila dah baca kisah Imam Ahmad tu, rasa insaf jugak. Imam Ahmad adalah ulama' yang dihormati, tapi tidak menggunakan kedudukannya untuk boleh tidur di dalam masjid itu sampai dia diseret ke luar oleh 'pak guard' masjid. Yup, pak guard hanya menjalankan tugas.

Who am I to complain, then?

Tuesday, April 24, 2012

Bismillaah

Baru habis membaca kisah terbaik yang dirakam dalam al-Quran: Surah Yusuf.

Terlintas tadi mengapa Surah Yusuf Allaah namakan kisah terbaik? Penah terfikir tak?

1- Siapa yang paling benar dalam perkataan selain Allaah Ta'ala? Kisah Yusuf dalam al-Quran adalah benar 100%. Tiada unsur fitnah, tipu, gossip, mahupun conflict of interest. That's why it is the best of stories, mashaAllaah!
2- Kita boleh belajar banyakkkkk benda dari cerita Yusuf. Sabar, du'a, tawakal, dakwah, memaafkan, hikmah, etc.
3- Kita boleh mengubat kesedihan dengan membaca cerita Yusuf. Think that God has tested you so much that you are the most unfortunate person in this world? Compare your life with Yusuf's and his father.
4- Kasih sayang anak-ayah(ibu pun boleh masuk juga ;) terakam indah dalam surah ini. Tribute to all fathers and mothers!

Wednesday, January 11, 2012

Bismillaah

I first met him in a 'majlis ceramah'
He was speaking as a senior from the US to us; students who were going to the Uncle Sam's land
Never was in my mind that he would be the other half of me

Now he still speaks in 'majlis-majlis ceramah'
and the proud abah of our Hajar, Adam, Maryam, and the little one inside me

Sanah helwa
As you enter another year in your life
May Allaah bless your time
May Allaah bless your life
Increase you in eeman and righteousness



Wednesday, December 07, 2011

Bismillaah

I am not a poet
Though i wish i could be one


this is not a song
Though i am singing with it inside my heart
Sometimes

As i am gazing to the sky
Admiring the creation of Allaah The Most High,
The sun, the moon, and the stars
i kept thinking of what are there beyond the sky
vast universe, million years of light
Reminding me of my small self

Though i might be smaller than a particle of dust,
In comparison to the galaxies in the universe,
Allaah has perfected my creation
In every details of me, my mind, body, and soul

i am here with a purpose so clear
To serve and to worship my Lord, Allaah azzawajall

I am His creation
Living with every blessing borrowed from Him
For one day i shall return
To meet Him


Sunday, September 25, 2011

Bismillaah

Bed Bugs

Satu perkara yang perlu diambil perhatian ketika berada di Los Angeles ialah kehadiran sejenis serangga parasit seperti kutu dipanggil 'bed bugs' yang biasanya bersembunyi di dalam tilam, karpet, pakaian dan tempat-tempat yang gelap.

Serangga ini selalunya akan keluar pada waktu malam dan akan menghisap darah. Kesan gigitan serangga ini akan menyebabkan bekas seperti ruam yang sangat gatal. Bilangannya sangat banyak dan akan meninggalkan kesan seolah-olah ruam di sekitar kaki, lengan, dan badan.

Bed bugs boleh merebak dari satu tempat ke tempat yang lain melalui tilam terpakai yang dijangkiti yang dijual ataupun juga daripada beg-beg yang dimasukinya. Apabila beg tersebut dibawa ke tempat lain, Bed Bugs akan ikut sekali dan berpindah ke tempat baru!

Kami sekeluarga juga terkena serangan Bed Bugs ini. Pada mulanya, ibu ke pusat kesihatan universiti untuk mendapatkan nasihat mengenai 'ruam' yang dialami kami sekeluarga. Doktor di klinik hanya mampu memberi ubat sapu dan menasihatkan agar kami menukar tilam kerana dia berpendapat ruam tersebut adalah disebabkan gigitan serangga.

Apartment yang kami sewa sebenarnya sudah didiami Bed Bugs memandangkan penyewa sebelumnya berpindah disebabkan tidak tahan dengan gangguan tersebut. Jiran beragama Islam dari Pakistan yang tinggal di tingkat bawah sangat risau mendengar suara Adam selalu menangis dan menyangka Bed Bugs menjadi penyebabnya. Dia sangat berbaik hati untuk datang ke apartment kami dan memaklumkan tentang kehadiran Bed Bugs di dalam apartment tersebut.


Dengan berbekalkan gambar bekas gigitan Bed Bugs, abah turun ke pejabat pengurusan apartment dan melaporkan hal tersebut. Selang beberapa hari, pengurusan apartment bertindak membuang tilam dan menggantikan karpet apartment. Semburan racun bed bugs juga dilakukan.

AlHamdulillaah, apartment nampak lebih bersih dari sebelumnya. Akan tetapi, bed bugs yang tahan lasak masih bersisa. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk mencari apartment lain dan meminta perlepasan kontrak daripada apartment sekarang memandangkan kontrak setahun penyewaan masih berbaki 6 bulan lagi. AlHamdulillaah, pihak pengurusan memahami situasi kami yang mempunyai anak-anak kecil dan bersetuju menamatkan kontrak tanpa sebarang penalti.