Thursday, July 10, 2003

Alhamdulillah.....masih diberi peluang untuk kembali ke ruang ini. Kadang-kadang tertanya pada diri sendiri mengapa jarang benar keikhlasan itu hadir setiap kali ingin mencermin diri. Dalam bahasa yang kaku dan menipu...mana mungkin apa yang lahir dari sudut hati boleh diluahkan. Terasa masih jauh lagi perjalanan ini dan sering juga terasa makin jauh ke belakang...mundur, bukannya maju. Betapa salahnya selama ini menganggap diri sudah begitu baik..mungkin di nilaian manusia tapi tidak mungkin di hadapan Allah. Dosa yang ditimbun bagai tidak boleh terhapus....mana mungkin mengidamkan jannahNya...aduhai...betapa pilu di hati ini. Hina dan cacatnya banyak sekali, kadang-kadang terasa lemas dan helpless, tapi sering juga teringat yang kita tidak boleh berputus harap pada Allah. Dengan ingatan ini ku seret hati dan diri sendiri hanya untuk redha Allah, moga-moga DIa menerimaku...kerana aku tahu aku tidak layak untuk syurgaNya, namun aku juga tahu aku tidakkan mampu untuk siksaanNya. Aduhai, terasa lemahnya diri, tunduk pada hasutan syaitan dan nafsu...mengapa masih lagi mahu memikirkan kata insan padahal hati ini tahu bahawa yang Maha Tahu lebih layak untuk semua itu....mengapa...menipukah aku pada duniaku....ya, aku menipu..angan-anganku panjang.......ya Allah, hinanya aku di hadapanMu....malah rasanya tiada ruang untuk diri ini di kalangan jutaan umatmu yang semuanya menagih kasih simpatiMU

No comments: