Saturday, August 22, 2009


bismillaah

Ramadhan ku...

waktu kecil dulu, main concern bila ramadhan tiba ialah lapar dan dahaga yang bakal dilalui. terbayang-bayang betapa letih dan tidak bertenaga sepanjang bulan ramadhan. tempoh 30 hari terasa begitu lama dan menyeksaan.

Alhamdulillaah, itu kisah lama. Sekarang hati berasa teruja bila Ramadhan tiba. Bersyukur yang tidak terhingga bila masih berkesempatan menyambut Ramadhan. Main concern sudah bertukar kepada kemampuan untuk memanfaatkan Ramadhan sepenuhnya, mampukah menjalankan sebanyak-banyak ibadah untuk mendapatkan keampunan Allaah dan 'ajr dariNya. Harapan yang tinggi diletakkan untuk menjadi lebih baik melalui tarbiyyah di sepanjang bulan Ramadhan. Persiapan bukan lagi makan dan minum sebanyak-banyaknya semasa sahur, tetapi lebih kepada membuat jadual harian, senarai doa yang ingin dipohon, dan perkara-perkara berkaitan yang boleh membantu fokus di dalam bulan Ramadhan. 30 hari tidak lagi terasa lama, bahkan terasa begitu cepat berakhir dan berlalu pergi.

Moga kita semua beroleh kejayaan abadi