Bismillah
One day, a young girl asked her father,
"Oh my dear father, do you love me?"
The father smiled and answered,
"You're the sunshine of my life. Of course I love you deeply"
The young girl asked again,
"What do you want me to be when I grew up?"
The father answered,
" I just want you to be a good daughter of mine"
Curious, the young girl asked another question,
"What a good daughter should do?"
The father still smiling, answered,
"Perform solat, take care of her parents when they're old, and make du'a for them when they're gone"
The little girl thought for a few seconds and said,
"Then, you are not a good son. I never saw you perform solat and pray for the late grandpa"
Lesson~practice what you preach.
If Someone Wants to Know What Position He Enjoys In The Eyes of God, He Has Only To Look At What Place He Gives To God [in His Heart and Life]-(Hakim)
Saturday, March 12, 2005
Thursday, March 10, 2005
:: Fikir dan Renungkan ::
Erm..
Mau melihat ke mana
Untuk buat kita berfikir?
Langit tak kelihatan di sebalik bumbung tempat berteduh
Bumi tersembunyi diselubungi lantai konkrit tempat berpijak
Alam tertutup dibatasi dinding-dinding kediaman
Erm
Jadi kita mahu melihat ke mana
Untuk buat kita berfikir?
Kita duduk di mana
Kita duduk dengan siapa
Siapa yang paling dekat pada masa ini?
Erm..
Mungkin itu diri kita
Cuba lihat pada diri kita
Dan cuba mula berfikir
Sempurnanya kejadian
Rumitnya penciptaan
Rambut yang gugur itu bolehkah kita tanam kembali di atas kepala?
Gigi yang tercabut bolehkah kita tanam kembali ke dalam gusi?
Jantung kita berdegup
Mana datangnya kekuatan itu
Ke mana perginya aliran darah merah
Melalui mana salurnya?
Kukuhnya dinding jantung apa yang membinanya?
Kalau jantung kita sakit
Bolehkah kita bina sesuatu yang sama hebatnya?
Mata kita ini
Melihat dengannya
Memerhati dengannya
kalau kita tutup bagaimana mahu melihat sinar cahaya?
Indah wajah alam, ceria warna berlainan, tulisan, ukiran, gerak alam
Kalau mata kita buta
Bolehkah kita gantikan mata ini dengan mata palsu yang sesempurna ini?
Telinga kita ini
Terdengar derap punat di papan kekunci bila jari jemari menari
Kalau kita sumbat adakah masih boleh terdengar bunyi?
Desir angin, Kicau burung, merdu suara, alunan kalimah
Kalau cuping hilang, gegendang terkoyak
Mampukah kita mencipta sesuatu yang sama?
Ingatkah bentuk setitik air?
Apa kaitannya dengan diri kita ini?
Sejarah kita bermula dari setitik air
Sesuatu yang simple
Tidak pula berharga
Lalu jadi diri kita
Indah Sempurna
Berakal berdaya
Apa harganya?
Adakah percuma?
Atau ada tuntutan pengorbanan?
Fikir dan renungkan
Perihal diri kita ini
Kita bukan untuk dibeli oleh dunia
Indah kita bukan untuk megah di kalangan manusia
Diri kita ini
Adalah milik Allah
Wujud kita perlu beriman
Biarlah hidup tergadai atas jalan Allah
Dengan harga syurga dan redhaNya

Subscribe to:
Posts (Atom)