Bismillah
Dari LAX ke KUL
Dalam perjalanan pulang ke tanah air. Baru sahaja menunaikan solat subuh di dalam pesawat. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar setakat ini. Walaupun letih duduk di kerusi, sekali-sekala berdiri dan berjalan dapat menghilangkan sedikit lenguh di kaki.
Dalam perjalan pulang kepada tuhan, orang yang hanyut dalam dunia mungkin boleh dianalogikan dengan orang yang hanya duduk dan tidur sahaja di sepanjang perjalanan di dalam flight. Dia tidak sedar bila sepatutnya menunaikan kewajipan solat, tidak sedar bila tiba waktunya makan dan minum dan sebagainya. Pada akhir perjalanan, seluruh sendi badan terasa sakit dan lenguh kerana kurang peredaran darah yang sempurna.Tidur di sepanjang perjalanan yang berbelas-belas jam bukankah akan menyebabkan "terlebih tidur"?
Sekiranya jika dalam kehidupan kita, kita tidak berbuat sesuatu dan menjalankan kewajipan kepada Allah ta'ala, di akhir nanti kita akan terlepas terlalu banyak perkara. Natijahnya, jiwa dan badan akan terseksa.
----
Salida
Di dalam kapal terbang ada banyak pintu keluar (emergency exits)
Di dalam bangunan pun ada banyak pintu keluar
Di dalam ISLAM pun ada banyak pintu keluar
Sekiranya jahil, pintu keluar nya menuntut ilmu
Sekiranya berdosa, pintu keluarnya bertaubat
Sekiranya bersalah, pintu keluarnya ialah meminta ma'af
Kita tidak pernah terperangkap dalam ruang yang tertutup
Sentiasa ada harapan daripada Allah ta'ala
Carilah jalan keluar
dan kembali meniti siratul mustaqim
InshaAllah...
----
Persinggahan
Tumpang lalu
Dah banyak persinggahan dah ni
Tapi tak boleh lama di sini
Di persinggahan ini
Cuma berhenti sekejap
Nak ambil apa yang perlu jer
Dan lepas tu kena jalan lagi
Kena teruskan perjalanan
Tidak kiralah berapa banyak kali kena berpisah
Harap-harapnya dapat jumpa lagi di persinggahan seterusnya
Perjalanan dan persinggahan ini
Sebab nak tambah ilmu dan bekal
dan persinggahan ini hanya sementara
yang abadi ada di hujung sana
-----