Friday, April 15, 2005

Bismillah
:: shof shevoa ::

Bila hujung minggu tiba, Cleveland rasa ceria tiba-tiba. Orang yang semalam bersengkang mata menghadap monitor menyiapkan assignment, menelaah untuk persiapan exam, hari ini rasa lega. Urusan untuk minggu ini sudah selesai. Dan ada yang rasa pressure sepanjang minggu, terasa ingin mencari sesuatu untuk berehat melapangkan fikiran.

Lalu ada yang ke shopping mall, ada yang ke panggung wayang, ada yang keluar bersama kawan-kawan, ada yang keluar bersama 'kawan', makan-makan di restoran, duduk-duduk di coffee house, tidur lebih panjang dan sebagainya. Semacam hadiah pada diri masing-masing kerana berjaya mengharungi seminggu yang penuh dengan exam,quiz,hw,paper,projek,presentation,lab,report,etc.

Ada pula masa dalam 24/7 nya yang busy tak terkira.

Tetapi, dalam kita sibuk merehatkan diri dan otak kita, Supaya boleh jadi tenang dan tidak tertekan... selalunya kita lupa, punca ketenangan yang hakiki ada di mana.
Maka tidak ramai di antara kita yang lebih panjang masanya bersama quran, munajat, zikir, dan muhasabah sebagai hadiah pada diri di waktu hujung minggu..atau dalam hebrewnya shof shevoa.

Wednesday, April 13, 2005

Bismillah
::Bila Terik Tak Bermakna Panas::

Alhamdulillah, Cleveland cerah sampai ke petang
Dari pagi tadi matahari bersinar
Tapi siapa sangka suhunya 9 degree Celcius? Terasa sejuk menggigit kulit.

Penilaian mata kasar kita tak selalunya tepat. Walaupun kalau mengikut logiknya matahari yang bersinar memancar menandakan suhu yang tinggi, tapi hari ini logik itu tidak begitu tepat.

Jika mengikut logik, kekayaan dan harta menimbun menandakan kebahagiaan dan kekuasaan, tapi dalam konteks hari akhirat logik ini tidak boleh diguna pakai.

Mengikut logik akal, yang papa kedana menandakan kemelaratan dan kehinaan, tapi dalam konteks ketaqwaan logik ini bukan ukuran.

Kalau mengukur suhu hanya melihat pada bersinar atau tidaknya matahari, maka hari ini ramai yang keluar dari rumah tanpa sweater. Akibatnya di tengah jalan kesejukan kerana suhu yang sejuk dan angin yang bertiup.

Kalau menilai kebahagiaan hanya dengan kekayaan dan kekuasaan, maka hari ini ramai yang bermati-matian mengumpul harta tanpa taqwa. Akibatnya dunia menjadi matlamat terakhir kerana akhirat bukan lagi fokus kehidupan.

Kalau menilai kehinaan hanya dengan papa kedana, maka hari ini ramai yang jijik dengan kemiskinan tapi tak merasa apa-apa dengan maksiat dan kemungkaran. Akibatnya dosa dan pahala tidak lagi berbeza kerana jahil sudah menjadi adat kebanggaan.

Tuesday, April 12, 2005

::$10 million creates Case ethics center::

quoted from the Plain Dealer:

President Kazuo Inamori, Founder of Kyocera corp, a telecommunication firm will establish the Inamori International Center for Ethics and Excellence at Case.
"Our advanced technology are beginning to intrude into areas that only God controlled until now," Inamori said through an interpreter on Monday as the donation was announced.

Human spirituality must be elevated to the same degree, he said, so that people weigh the ethical implications of their actions.

end of quote.

Interesting points:
-Inamori is a japanese business leader and he donates
-He is sure a busy money-maker and he concerns about "the lagging of spiritual growth of the world's people"
-His bussiness is all about reaching the latest technology and his concerns include promoting the best spiritual growth.
-He is aware about the implications of his actions

Is he a muslim?
and how about you?

Do not go to where the path may lead, go instead where there is no path and leave a trail
..by Ralph Waldo Emerson

Monday, April 11, 2005

:: Undang-undang Zionist: Tak bersalah = Tembak sampai mati ::

Pada suatu hari, tiga orang sahabat sedang bermain bola.
Asyik sekali mereka berkejar-kejaran merebut bola tersebut.
Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing yang sudah kemerah-merahan dipanah mentari dan dibasahi titisan peluh.

Kawasan sekeliling tempat mereka bermain bukanlah seindah saujana mata memandang.
Tapi cukup hanya penempatan yang boleh dibuat berteduh.
Membilang hari-hari perjuangan di atas tanah yang penuh pergolakan dan dugaan itu.

Tiba-tiba,
Terdengar das-das tembakan.
Dalam kebingungan dan kekalutan, seorang demi seorang tiga sekawan itu rebah, jatuh menyembah bunyi.
Kesakitan menyengat seluruh anggota.
Darah merah mengalir bercampur dengan peluh di badan dan pasir tanah yang kering.
Dan hembusan-hembusan nafas terakhir mengiringi roh yang pergi
Meninggalkan jasad anak-anak remaja yang tidak bersalah
Terkulai, kaku

Apa dosa mereka?
Adakah simpati kita kepada mereka?
Di sana mereka bergadai nyawa demi maruah agama
Di sini kita menggadai maruah agama demi diri sendiri

Pada masa mereka ditembak mati
Tak terbela bahkan dihina
Kita mungkin tengah bergembira
Memperlecehkan agama kita

Palestin
vs. cleveland
vs. malaysia

`Remaja Palestin yang dibunuh itu hanyalah kanak-kanak yang tidak bersenjata dan tidak menimbulkan ancaman terhadap Israel,'' kata Mahmud dalam satu kenyataan.

Menurut penduduk tempatan, remaja berkenaan sedang bermain bola sepak di kem pelarian Rafah, Gaza apabila mereka ditembak mati oleh askar Israel. - Reuters

Sunday, April 10, 2005

::Dying to Fit In::

Disco Dangdut Melayu
I have to go
I have to join in

You see
No women
No men
Dancing on the stage
So it is okay
I can join in

We only sit together
On my right there's a man
On my left there's a woman
We only sing together
Clapping and moving in concert


so it's okay
See
We make everybody happy

I have to fit in
I have to join in
Doesnt matter anymore
if my values have to die
As long as I can fit in