Wednesday, April 04, 2007

Bismillah

Antara Yang Busuk dan Yang Wangi

Semalam ku berdiri,
Manusia di kanan dan kiri
Ada yang busuk dan ada yang wangi

Mungkinkah,
Yang busuk itulah haruman kasturi
iaitu dari mulut-mulut mereka yang berpuasa menahan diri
Kita manusia mungkin tidak selesa dengannya
Sedang Tuhan sangat menyintainya?

Mungkinkah,
Yang wangi itulah semerbak penzina
iaitu dari wanita yang memakai wangian lantas menarik minat lelaki ajnabi
Kita manusia mungkin amat sukakannya
Sedang Tuhan amat membencinya?

Yang mana kita benci
Yang mana kita suka
Sudahkah kita turutkan
Pada kehendak Ilahi?