Saturday, April 05, 2008

bismillaah

Dulu waktu di sekolah menengah, ada ujian PAFA. Salah satu syarat untuk lulus adalah menghafal beberapa ayat Qur'an a.k.a ayat Hafazan. Mungkin hampir keseluruhan calon peperiksaan hafal ayat-ayat Hafazan PAFA.

Kebelakangan ni terfikir tentang sejauh mana orang-orang Melayu menyimpan azam dan berusaha untuk menambah ayat-ayat Qur'an yang dihafal selepas lulus PAFA SPM. Adakah selepas lulus PAFA, itulah ayat hafazan terakhir yang disimpan dalam kepala? dan adakah ayat-ayat itu masih lekat dalam ingatan?

Persoalan ini timbul selepas umat Islam menunjukkan pelbagai reaksi tentang 'filem'(tak sampai taraf dan kualiti filem pun) SEorang Belanda (yang malas nak tulis namanya di sini)) yang membawa propaganda(Islamophobia dan salah satunya adalah) untuk memansuhkan beberapa bahagian dalam alQuran(yang dia dah ambil ikut konteks dan tafsiran sendiri-tanpa ilmu). Klip tersebut diakhiri dengan bunyi kertas dikoyak(Quran dikoyak).

Reaksi kebanyakan orang(yang ada akses internet) adalah pergi ke youtube untuk tengok klip tersebut ataupun download dari mana-mana sumber yang boleh muat turun(biarpun x faham bahasa Belanda-bagi klip tanpa sarikata). Selepas itu, marah dan mengutuk SEorang Belanda di belakang klip tersebut. Bagi dua orang anak muda Belanda, mereka membuat klip untuk menyerang balas. Menyerang SEorang Belanda tersebut menggunakan senjata yang sama iaitu filem/klip video.

Secara personal, saya pun tidak tahu reaksi mana yang terbaik. Tetapi, presiden ISNA, sr Ingrid Matson berkongsi reaksinya ialah dengan mengucup naskah al-Qur'an beliau dan duduk membaca al-Qur'an selama sejam.

Bukankah indah jika reaksi umat Islam dengan penghinaan SEorang Belanda itu adalah dengan beramai-ramai menghayati, menghargai, memahami, mengamalkan dan menyebatikan kehidupan dengan al-Qur'an. Lebih ramai yang berazam untuk menghafal al-Qur'an, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, satu ayat ke satu ayat sehingga keseluruhan al-Qur'an. Berundang-undangkan al-Qur'an dan berpandukan al-Qur'an. Jadi biarpun SEorang Belanda itu cuba membuang potongan-potongan Qur'an dari mushaf seantero dunia, ayat-ayat Qur'an akan tetap utuh di hati dan ingatan Umat Islam(dan Allah akan menjaga al-Qur'an selama-lamanya.Perlindungan siapakan yang lebih baik dan sempurna?)

Tuesday, April 01, 2008

bismillaah

Alhamdulillaah,
Thank you for sending me an email today,
Thank you for asking about how I am doing today,
Thank you for showing that you still care

Thank you for stopping by today,
Thank you for reading my entries today,
Thank you for giving me your support today

MashaAllah,
I just want to thank you for every good deed that you do
It might has brought a smile, a happiness
It might has made a person's day
It might be a contribution in making the world a better place
and most importantly, it might has pleased Allah

May Allah be pleased with us all
and may Allah grant us His forgiveness and blessings

p/s:Alhamdulillaah, this posting was not lost when the blogspot suddenly went into problem just now. Alhamdulillaah...