Wednesday, November 16, 2005

Bismillah

Tak dapat post kat shoutbox.
Jazakumullahu khaeer...doakan selamat dunia akhirat yer =)


pernah tak anda ke program tapi selepas balik dari program masih tak 'rasa' apa-apa?
pernah tak jumpa orang yang aktif bergerak ke sana ke mari tetapi still kena stroke?
pernah tak anda jumpa orang-orang cemerlang akademik tapi still rasa down tiba-tiba?

Pergerakan fizikal tidak sama dengan pergerakan dalaman ...
luaran juga kadang kala tidak menggambarkan dalaman ...
yang dicanang juga kadang-kala gagal diamalkan ...

btw, article pasal tak bergerak sangat tu, bukanlah di refer sepenuhnya pada life di sini. lebih merujuk pada blog-blog tertentu yang kurang sikit kekerapan entry nya. Dah post kat satu tempat, post sekali di sini. sbb blog ni pun lemah gemalai jer pergerakannya ...

Sunday, November 13, 2005

Bismillah

Hujan di Bumbun

Di luar sana tu, hujan tengah turun. Tenang jer rase bunyi air tu berjatuhan.
Dah selalu hujan di sini, moga-moga jadi rahmat bagi sekalian alam. Di negara-negara kemarau, sure tengah bertarung dengan harapan dan doa agar turun air untuk menyambung kehidupan mereka ... betapa berharganya air hujan yang dengannya kita boleh minum free, mandi free, cuci kete free. Pendek kata hujan turun tak berbayar...bukan x berharga, cumanya terlalu mahal untuk kita hitung harga setiap butiran air tu dan manfaatnya pada kita semua.

Bersyukurlah ... moga-moga hujan iman, taqwa, taubat turun sama membasahi hati-hati kita yang kadangkala kemarau dan tandus...