Wednesday, January 11, 2006

Bismillah

Dedikasi

Pejuang,
Doaku langkahmu terus tegap
Tindakanmu terus yakin dan tabah
Dalam mencontohi suri teladan Rasulullah
Walau laluanmu penuh duri yang menyiat
Tidak kurang simpang-simpang yang keliru


Pejuang,
Setakat termampu dan yang diizinkan Rabbi
Akanku dokong dan sokong perjuanganmu
Meniup api semangat agar terus marak
Walau aku tak sesempurna pendamping Nabi
Walau iman di dada senipis ilmu
Walau semangat tidak setinggi langit

Pejuang,
Moga Allah redha segala yang dilakukan
Moga Allah tambahkan kemanisan dalam beriman
Moga Allah ampunkan segala kesilapan
Moga Allah memberi balasan yang diidam-idamkan