Tuesday, August 08, 2006

bismillah

"risau nak tinggalkan dia seorang..."

risau dia tertidur dan tak sempat nak buat kerja-kerja yang sepatutnya. kalau berseorangan, nanti tiada yang dapat tolong mengejutkannya untuk bangun dari tidur. masa akan berlalu dan kerja-kerja akan terbengkalai.

risau dia tak dapat menghadapi apa-apa bahaya jika sendirian. kekuatan individu yang kerdil mungkin tidak mampu menahan cabaran dari setiap sudut yang 360 darjah itu. bukankah serigala lebih suka menyerang kambing yang tinggal seekor dan terasing dari gerombolannya?

risau dia tidak tahu bahawa mencuba berenang di arus deras itu bahaya. amatur yang cuba berenang sendirian di arus deras mungkin boleh lemas. bila sendirian tidak ada orang yang akan cuba menghalang dan menyelamatkannya dari hanyut. bukankah itu berbahaya?

risau nanti dia tinggal sendiri dan rasa dipinggirkan. merajuknya nanti panjang lalu menghilangkan dirinya. emosi jadi kacau kalau asyik duduk mengelamun sendiri. bukankah kita tidak suka kalau begini?

jangan tinggalkan dia sendirian
jangan tinggalkan aku sendirian
hidup atas jalan sempit berliku ini
kala senang, jatuh dan bangun

1001 versi cerita atas dunia. samada kita percaya, terpedaya, marah, benci, geram, suka, gembira... ujian datang ketika menilai dan membuat kesimpulan. akan lebih mudahkah nampak perkara atau tambah kusutkah dengan simpulan yang haru-biru...tiada jalan pintas untuk sesuatu...