Thursday, April 04, 2013

Sempurna usai lebur

bismillaah


Humpty dumpty sat on a wall,
Humpty dumpty had a great fall,
All the king's horses, and all the king's men,
couldn't put Humpty together again...
but, Allaah is surely CAN!

*****

jatuh berkecai
serpihan berserakan
hancur lebur
musnah

tiada insan yang boleh kembalikan
tiada insan yang boleh kembalikan kesempurnaan

hanya Allaah azzawajall yang bisa menyempurnakan kejadian semula
dari tiada kepada ada
dari hancur kepada semula
dari mati kepada bernyawa

hanya DIA yang satu,
Tuhan yang telah menyatukan burung dari empat gunung
Tuhan yang telah mengugah lena hambaNya selepas ratusan tahun

Tuhan yang bakal menyempurnakan kebangkitan serata maya

Daie atau mufti?


bismillaah


fasa fitnah ini,
marilah kita jadi da'ie
berhentilah berani-berani
menyandang tugas para mufti

memang mulia kedudukan Faqeeh
dihadam sudah puluhan ribu hadeeth pesan Nabi SAW
diteliti dengan berat setiap kalimat yang diberi
dada sarat dengan takut pada Tuhan
setiap kali mengeluarkan hukum itu dan ini

tapi kebanyakan kita orang biasa
yang mungkin hafal sebaris hadith atau tiada
takutlah kita melebihi takut para Faqeeh dan mufti
bilamana menghukum kanan dan kiri

kebenaran itu tinggi
angkat dan carilah juga dengan akhlak yang tinggi
moga kita terus benar dan lurus
berpandu pada taqwa dan iman pada Allaah
rabb al-a'lamin