Friday, January 02, 2009

bismillaah

perkhabaran duka dari tanah perjuangan, syuhada bermandi darah di tanah itu
anak-anak kecil dan ibunya, ayahnya, dan sanak saudara tiada yang terkecuali
semuanya pejuang dalam medan yang kejam dan zalim

pejuang terus menentang dan terus bertahan
meski penzalim dan pengganas itu terus menggila
bangga dengan kerakusan lebih keji dari haiwan
meski pemimpin Amerika dengan angkuhnya tetap memuji pengganas nyata itu

sang ustaz berkata, jangan memainkan peranan mangsa
tetapi hidupilah semangat juara
kerana si pengganas itu memang akan tetap begitu, rakus dan kejam
kita semua harus merubah apa yang ada
kita semua harus bangkit dan mara