Tuesday, October 11, 2005

Bismillah

Terang cahaya matahari
redup dipayungi awan
Kering tanah merekah
lembap dibasahi hujan

Perit diuji cabaran
tenang dengan zikir nama Tuhan

Menangis atas kesakitan
tersenyum digagahi iman

Pelbagai kaum keturunan
mesra dengan persaudaraan
Berbeza buah fikiran
sepakat dengan persefahaman

Haus dahaga bulan ramadhan
bahagia berbuka, berjumpa tuhan
Mengantuk letih ibadah seharian
demi redha tuhan dan janji syurgaNya

inna ma'al 'usri yusra~