Thursday, February 03, 2005

Bismillah ..

>> Kehidupan di 'penempatan haram' Israel.. <<

Lecturer tak mengajar Hebrew hari ini. Hari ini, kami akan menonton satu movie pendek made in Israel. Lecturer tu kata, cerita di dalam filem pendek ini adalah satu gambaran yang sangat baik untuk lebih mengenali bagaimana kehidupan mereka (di 'penempatan haram' yang mereka 'rompak' itu).

Cerita itupun bermula. Seorang family man dari Haifa nak pegi Tel Aviv untuk melawat kubur adiknya yang mati 15 tahun lepas. On the way, die tumpangkan 3 orang hitchikers: seorg perempuan, seorang askar , dan seorang Arab.

Perempuan tu kematian suaminya di Lebanon. Arab tu adalah gay yang bekerja sbg waiter di sebuah hotel. Askar tu religious dan nak melawat adik barunya (yg baru lahir).

>> Sepanjang perjalan selama lebih kurang sejam ke Tel Aviv, semua orang dalam kereta tu berbual-bual dan mula mengenali antara sama lain. Topik paling penting mereka : kebencian meluap-luap terhadap orang2 Arab. (a.k.a Muslims)

At one point, seorg budak pengembala kambing (ARAB) dan kambing2nya melintas jalan n blocking the road. You can guess apa orang2 Israel ni buat. Diorang curse the poor boy. Dan askar tu ada rifle bersamanya, dan lelaki dalam kete tu try nak amik rifle tu dan nak tembak budak tu..tapi dia kata 'acah jer'.
N then pompuan tu kata, "dia kan budak jer...12 tahun jer rasanya. Kena pulak kena berkasar dengan budak tu? Apa pulak nak guna senjata sumer?
Dan antara jawapan2 mereka : 12 tahun dah kire berbahaya. Awak tahu tak, budak2 12 tahun melempar BATU-BATU dan bom pada askar2 kita? Diorang ni hanya faham FORCE (kekerasan), sama cam mak-bapak diorang jugak.

>> diorang bunuh ikut suka hati sebab diorang dah takde hati DAN perasaan

Ok,
lepas kambing-kambing semua dah melintas, diorang pun meneruskan perjalanan. Ada lagi beberapa scenes tapi kita pendekkan cerita. Akhirnya diorang sampai ke satu check point polis.
Polis dgn angkuhnya minta papers (surat-menyurat) dari driver. N then lelaki arab tu disuruh keluar. Sbb di Haifa ada orang letak bom dan 3 askar tercedera sejam lepas. Lalu keadaan menjadi tegang. Arab tu jadi marah sebab rasa dipermainkan. Dia rampas pistol dari polis dan ancam nak bunuh semua orang. Dalam saat2 akhir, askar tu lepaskan tembakan dan perempuan tu cuba selamatkan lelaki arab tu lalu kena tembak dan mati ... gitulah endingnya

>> Macam nilah rasanya lebih kurang check points askar2 n polis Israel tempat diorg tahan Palestinians n x bagi lalu. Macam nilah rasanya lebih kurang betapa senangnya diorang tembak2 n bunuh2 orang (rasanya yg dalam cerita ni xdelah teruk mana. Kalau dalam cerita dah macam ni, reality mesti lebih menyedihkan)

>>
Apa manfaatnya tengok cerita ni? Terpaksa tengok sbb pasang kat dalam kelas. Tapi, Semangat untuk boikot Israel lagi berkobar-kobar. Mereka kata orang lain hanya memahami kekerasan, kerana sebenarnya hati mereka sendiri telah KERAS (lebih keras daripada batu - 2:74)

"Then, after that, your hearts were hardened and became as stones or even worse in hardness..."


No comments: