Bismillah
Adakah Kita Semakin Bijak Setelah Dewasa?
Seorang kawan berkata, "Saya dah dewasa, dan dah tahu untuk memilih yang terbaik untuk diri saya", apabila ditegur mengenai kelakuannya.
Orang selalu berkata, apabila telah dewasa dia lebih bijak untuk memilih sesuatu yang terbaik bagi dirinya.
Lalu terfikir, adakah kita betul-betul "lebih bijak" setelah dewasa?
Kalau "lebih bijak", mengapa apa yang dilakukan selalunya tidak selari dengan perintah Allah azzawajall dan seruan alHabib Rasululullah salallahu a'layhi wa salam?
Adakah "lebih bijak" itu kita ukur hanya dengan logik akal kita dan menurut hawa nafsu sahaja?
Adakah kita merasa "lebih bijak" jika membelakangkan alQuran al-Karim dah sunnah Rasulullah?
Adakah kita "lebih bijak" apabila lebih menurut hawa nafsu dan menyerah kalah pada syaitan ir-rajim?
Sudah cukup bijak kah kita setelah dewasa?
No comments:
Post a Comment