Sunday, July 17, 2005

Bismillah

Jauh perjalanan, luas pemandangan..dan InshaAllah akan lebih ramai kenalan. Alhamdulillah, semasa berjalan-jalan di atas muka bumi Allah ta'ala ni, sentiasa berjumpa dengan individu-individu yang terus menjadi kawan..walau berjumpa mungkin hanya dalam sejam dua.

Pernah jumpa tak someone yang sangat-sangat ceria dan bersemangat dalam bercerita, berkongsi pengalaman dan apa yang dirasainya? Dan yang paling menarik, cerita itu adalah tentang yang Maha Esa...ketakutan,kecintaan,pengharapan kepadaNya ta'ala.
Sepanjang kunjungan yang singkat dan tak seberapa dirancang, berpeluang singgah di rumah seorang mak cik, ibu pd seorang kenalan...takde bualan kosong...masing-masing terpegun dengan apa yang diperkatakan oleh mak cik ni..semuanya mengenai Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim....

Tak ramai rasanya yang boleh tanpa henti menyebut-nyebut tentang Allah ta'ala, penuh kecintaan dan kehambaan. Bahkan mungkin ada yang malu untuk berbuat sedemikian...ataupun malas nak mendengarnya...

Jazakillahu khaeer...

No comments: