Friday, January 26, 2007

bismillah


saat air mata belum kering berjurai di pipi dek kerana hujan terus-terusan menyimbah bumi
Datang berita membawa peringatan,
Bersyukurlah dengan apa yang ada!
Sebentar lagi el nino bakal bawa kemarau bukan sebulan dua
masa tu air akan habis kering dan bumi dan panas sengsara


sudah jadi takdir kita semua
alam porak peranda bencana merata
lepas satu, yang lain pula menimpa
ujian adakah benar iman di dada

andai boleh dikira, berapa lama lagi umur dunia
mungkin barulah insaf kita semua

1 comment:

bintNaim said...

malangnya, rata2 merasakan hidup ini masih panjang, walaupun ada kesedaran akan mati, dunia yan melalaikan bagai bayang2 yang takkan berhenti mengekori dan amat sukar ditepis.(susahnya nak dapar syurga ye =()