bismillaah
saban hari bumi Los Angeles mengalami gegaran, dan setiap kali juga ia mengingatkan tentang dahsyatnya hari terakhir dunia nanti. Sungguh menggerunkan dan menginsafkan. Kata seorang civil engineer, sekurang-kurang 70 kali sehari ada gempa dari pelbagai skala tetapi orang ramai tidak menyedarinya mungkin kerana sudah lali atau terlalu lemah gegarannya. Apapun, struktur bangunan di sekitar bumi ini memang terkena impaknya dan bangunan-bangunan menghadapi risiko struktur yang terjejas.
Beberapa hari lepas, gegaran yang terasa agak kuat, sempat cemas seketika dan tidak putus-putus memanjatkan doa kepada yang Maha Pengasih agar dijauhkan dari segala keburukan. Dua tiga hari seterusnya, gegaran masih terasa saban hari. Mungkinkah peringatan dan amaran dari Tuhan?
No comments:
Post a Comment