Bismillaah
Suatu ketika dulu, kitalah kanak-kanak kecil itu yang masih berlari-lari dan bermain nakal, dengan penuh senyum tawa gembira, dan sekali-sekala menjerit menangis inginkan permainan yang jadi rebutan antara adik, kakak, dan abang.
Suatu ketika dulu, kitalah kanak-kanak riang yang pergi ke sekolah dengan semangat di awal pagi, walaupun kadang-kala liat untuk bangun pagi.
Suatu ketika dulu, kitalah anak-anak muda yang masih tidak mengerti tentang banyak perkara.
Dan masa itu sudah berlalu, semakin jauh dan semakin pantas.
Waktu ini, kita sudah memikul banyak tanggungjawab dengan pelbagai gelaran dan tugas. Sudah waktunya kita pula yang mendidik anak-anak kecil, membimbing, dan mencorak mereka.
Berdoalah
Berusahalah
dan teruskan melangkah
InshaAllaah :)
No comments:
Post a Comment