Thursday, September 29, 2005

bismillah

What happened to my brain?
I cannot think

What happened to my eyes?
I cannot see

Where all my tears have gone?
I cannot cry

What happened to my ears?
I cannot hear

What happened to my limbs?
I cannot move

What happened to my heart?
I cannot feel

were all the lights had been put off?
were all the waves had been stopped?
were all the energy had been finished?

Today, only blindness, laziness, and dead quloob left???

Wednesday, September 21, 2005

Bismillah

Got this idea after reading a poem written by someone whom I-forgot-the-name in the newspaper yesterday... jazakumullahu khaeer ...


BARU sempena Semarak Ramadhan 1426H!!
~Tips untuk menghilangkan kotoran degil dunia yang melekat di dalam hati!

~Gunakanlah cecair peluntur cap Tazkiyyatun Nufus yang mempunyai kuasa hebat untuk menghilangkan kesan kotoran dunia. Ekstra formula Iman dan Taqwa untuk memberi kebersihan dan kesegaran hati(qalb). Qalb anda dijamin suci dari kuman dan kotoran degil dunia. Dijamin dan disarankan oleh Rabbul A'lamin-Allah Azzawajall ..
~Harganya adalah keikhlasan Lillahi Ta'ala dan usaha yang bersungguh-sungguh ..

Apa tunggu lagi? Semarak Ramadhan sudah hangat terasa. Pastikan hati anda telah bersedia untuk madrasah sekali setahun ini. Hati segar, jiwa aman dan tenang! Insha-Allah

Tuesday, September 13, 2005

Bismillah

Kadang-kadang kita lambat menangkap apa yang berlaku di sekeliling kita.
Mungkin persekitaran terlalu cepat bergerak dan berubah, sedangkan kita terlalu lambat dan statik.

Akibatnya, kita selalu dihiris oleh pedang masa yang tajam. Ketinggalan terus ketinggalan dan luka kelewatan semakin parah. Jadinya kita semakin malas, tidak berdaya, dan hanya duduk dihiris masa. Hingga akhirnya jadi kepingan hayat yang dicincang halus. Bila pergi tak kembali, bak debu yang berterbangan.. tanpa bekas. Tanpa satu ingatan yang ditinggalkan untuk alam dan masyarakat sekeliling. Tanpa sumbangan yang boleh memberatkan timbangan amalan.
Sia-sialah peluang yang Tuhan anugerahkan..terkhianatlah amanat yang diberi.

Thursday, September 08, 2005

Bismillah

Jangan dipandang sesuatu sebelah mata sahaja.
Jangan dilihat alam pada luar nya sahaja.
Jangan didengar lagu pada muziknya sahaja.
Jangan ditonton cerita pada pelakonnya sahaja.
Jangan dibaca buku pada hurufnya sahaja.

Perlu berfikir lebih dalam
Perlu menilai lebih bijak
Perlu memahami yang tersirat
Perlu menghargai nilai yang tersisip
Perlu mensyukuri nikmat yang diberi

Pada penciptaan alam, terdapat bukti kebesaranNya Azzawajall

Monday, August 29, 2005

Bismillah

kalau blog ni tak diupdate, rasa-rasanya dah takde material untuk dibaca bagi yang sudi
meluangkan seminit dua untuk singgah. Asifah jiddan...

Tetapi sebenarnya, dalam takde apa-apa yang baru di dalam blog ni...sepatutnya mengajak orang berfikir, apa khabar dgn kawan kita...imannya, tarbiyyahnya,...yang mungkin menjadikan aliran idea dan renungan tersangkut. Perlukah kita bertanya khabarnya dan menduakan agar dia tetap istiqomah?...

InshaAllah, in Naseehah We'll Grow Together..

Thursday, August 04, 2005

Bismillah

Kesempurnaan hanya milik Tuhan

Kita ada banyak cacat-cela. Kekurangan bukannya satu kemestian,tetapi selalu tidak dapat dielakkan.

Kejayaan hanya dengan Izin Tuhan

Kita punya banyak peluang untuk mencuba. Tetapi kejayaan bukannya satu kemestian,kadangkala kita gagal juga.

Ketenangan hanya dengan ingatan pada Tuhan

Kita semuanya ingin merasa gembira. Tetapi setiap saat tidak bermakna kita tenang,sebab kadangkala kita sering lupa padaNya...

Tuesday, August 02, 2005

Bismillah

Salam cuti-cuti malaysia

Masa cuti adalah antara masa yang paling best untuk students.
Free from the burden of assignments and exams. Boleh tidur banyak-banyak,
main games, jalan-jalan,melepak,etc.

Sebenarnya, masa cuti bukan je best untuk mereka yang bergelar students,
tapi untuk semua orang(Tapi...bukanke sume orang adalah students for life?)
Yang bekerja, tentu boleh berehat masa cuti. Recharging the energy, giving
a break to the mind and body.

Tapi, cuti-cuti dunia ni, hanya untuk tempoh tertentu jer..kan? Kalau yang
students, cuti untuk sehari, dua hari, seminggu, dua minggu, atau tiga bulan. Lepas tu, kena
sambung sekolah balik, buat assignments balik, ambik exams lagi.Yang cuti bekerja, habis cuti
kena masuk kerja balik. Mesti cuti tu terasa kejappp ajer...rasa tak puas la pulak kan.

Habis tu, bilanya nak cuti yang tak pernah habis?
Tunggu masa pencen kot...? Tapi, lepas pencen aktif la pulak dalam persatuan,
tak pun jaga cucu kat rumah. Tak 'cuti' gak tuh....x cuti hingga akhir hayat la nampaknya.
(Tapi, bagi yang 'cuti' panjang sangat kat dunia ni, rasa bosan pulak..mana la yg betul ni..?)


Alangkah bestnya kalau kita dapat pulun kerja untuk Allah dalam dunia ni, lepas tu
dapat cuti-cuti syurga. Cuti yang memang xde penghujung, pakej percutian yang tak terkata
ke-best-annya...


-yg tgh ber'cuti' lepas 'habis' belajar


------------------------------


Air kolam akan tenang kalau xde angin bertiup
xde batu dilempar ke dalamnya
xde orang terjun masuk dalam kolam

Tapi air kolam akan berkocak
Kalau airnya diganggu

Tapi, salahkah kalau air kolam berkocak?
Hilang ketenangan di permukaan airnya?

Salahkah kalau ada angin yang bertiup
menimbulkan ombak-ombak kecil?
salahkah kalau ada yang terjun ke dalamnya
menganggu ketenangan air kolam?
Luar biasakah itu?


----------------------------------