Bismillah
::Hayat al-'ilm muzakaratuha::
Hidupnya ilmu adalah dengan perbincangan mengenainya
Untuk apa kita ke sekolah/kelas setiap hari? Tentulah untuk mendengar cikgu/lecturer mengajar( ada jugak yg dtg sbb nak submit hw, atau utk test,quizz, atau lain2 purposes)
Perbincangan mengenai ilmu sentiasa berlaku di mana-mana. Mengapa?
Sesuatu yang tertanam/tertimbus takkan dijumpai sekiranya xde orang yang mencari galinya, macam petroleum. Syarikat-syarikat minyak kena kaji,cari,bina pelantar, and drill sampai ke dalam perut bumi untuk dapatkan petroleum tuh. Gunung berapi pun, hanya nampak laharnya semasa ia meletus.
Ilmu kita begitu juga. Hanya akan nampak jika diamalkan dan dikongsikan. Sekiranya dipendam, orang tak akan tahu dan kita sendiripun boleh jadi terlupa. Berbincang mengenai ilmu ni antara lain utk me'waris'kannya kepada orang lain spy tak hilang begitu sahaja.
Contohnya ilmu-ilmu sejarah tanah melayu yg kita pelajari semasa di sekolah menengah dulu. Tak ramai (yg dah habis sekolah menengah dan x ambil bidang sejarah) yang masih ingat dengan baik fakta-fakta sejarah ni. Sebab pengetahuan sejarah kita mostly dicurah semasa exams n then terus x guna lagi dah. Tapi cikgu2 sejarah mostly pakar lah ttg ni sbb hampir setiap hari mereka bawa ilmu mereka dalam discussion di kelas. So, fakta-fakta sejarah terus kekal,tak hilang (at least ada dlm buku sejarah)
Ilmu agama pula mmg menuntut kita memahaminya dan mengamalkannya dengan ittiba' : mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Kalau tak amal dan menghayati, ilmu tu sama jer macam 'mati'. Takde kesan pada orang yang mempelarinya (tp mebbe org ni nnt akan ditanya mengenai ilmu tu nape x amal)
jadi kesimpulannya, marilah kita belajar dan amalkan ilmu2 yg bermanfaat. Berkongsi dan berbincang agar budaya ilmu hidup subur dan ilmu itu sendiri berkekalan sehingga waktu yang Allah telah tetapkan.
3 comments:
Christ died for our sins-Believe on the Lord Jesus Christ, and thou shalt be saved
Thank you for the invitation. I also want to invite you to the religion of Islam. Let's believe in the Creator of Jesus.
Post a Comment