Bismillah
::Bila Terik Tak Bermakna Panas::
Alhamdulillah, Cleveland cerah sampai ke petang
Dari pagi tadi matahari bersinar
Tapi siapa sangka suhunya 9 degree Celcius? Terasa sejuk menggigit kulit.
Penilaian mata kasar kita tak selalunya tepat. Walaupun kalau mengikut logiknya matahari yang bersinar memancar menandakan suhu yang tinggi, tapi hari ini logik itu tidak begitu tepat.
Jika mengikut logik, kekayaan dan harta menimbun menandakan kebahagiaan dan kekuasaan, tapi dalam konteks hari akhirat logik ini tidak boleh diguna pakai.
Mengikut logik akal, yang papa kedana menandakan kemelaratan dan kehinaan, tapi dalam konteks ketaqwaan logik ini bukan ukuran.
Kalau mengukur suhu hanya melihat pada bersinar atau tidaknya matahari, maka hari ini ramai yang keluar dari rumah tanpa sweater. Akibatnya di tengah jalan kesejukan kerana suhu yang sejuk dan angin yang bertiup.
Kalau menilai kebahagiaan hanya dengan kekayaan dan kekuasaan, maka hari ini ramai yang bermati-matian mengumpul harta tanpa taqwa. Akibatnya dunia menjadi matlamat terakhir kerana akhirat bukan lagi fokus kehidupan.
Kalau menilai kehinaan hanya dengan papa kedana, maka hari ini ramai yang jijik dengan kemiskinan tapi tak merasa apa-apa dengan maksiat dan kemungkaran. Akibatnya dosa dan pahala tidak lagi berbeza kerana jahil sudah menjadi adat kebanggaan.
No comments:
Post a Comment