Friday, April 15, 2005

Bismillah
:: shof shevoa ::

Bila hujung minggu tiba, Cleveland rasa ceria tiba-tiba. Orang yang semalam bersengkang mata menghadap monitor menyiapkan assignment, menelaah untuk persiapan exam, hari ini rasa lega. Urusan untuk minggu ini sudah selesai. Dan ada yang rasa pressure sepanjang minggu, terasa ingin mencari sesuatu untuk berehat melapangkan fikiran.

Lalu ada yang ke shopping mall, ada yang ke panggung wayang, ada yang keluar bersama kawan-kawan, ada yang keluar bersama 'kawan', makan-makan di restoran, duduk-duduk di coffee house, tidur lebih panjang dan sebagainya. Semacam hadiah pada diri masing-masing kerana berjaya mengharungi seminggu yang penuh dengan exam,quiz,hw,paper,projek,presentation,lab,report,etc.

Ada pula masa dalam 24/7 nya yang busy tak terkira.

Tetapi, dalam kita sibuk merehatkan diri dan otak kita, Supaya boleh jadi tenang dan tidak tertekan... selalunya kita lupa, punca ketenangan yang hakiki ada di mana.
Maka tidak ramai di antara kita yang lebih panjang masanya bersama quran, munajat, zikir, dan muhasabah sebagai hadiah pada diri di waktu hujung minggu..atau dalam hebrewnya shof shevoa.

No comments: