Tuesday, April 04, 2006

Bismillah

Rumahku, Sekolahku

Tak perlu tunggu sampai masuk ke sekolah baru kita mula nak belajar.
Bermula seawal dari rumah kita sudah boleh belajar ilmu-ilmu yang penting.
Daripada mengenal abjad a-z, mengenal nombor-nombor 0-9, dan mengenal alif-ya,
sehinggalah ilmu-ilmu sains asas seperti kita memerlukan air, udara, dan cahaya untuk terus hidup.

Di samping itu, mengenal Allah juga bermula daripada rumah. Belajar kalimah syahadah, solat, puasa, dan sebagainya. Tidak perlu menunggu pada asatizah di sekolah untuk mengajarkan itu semua.

Dari rumah, bermula banyak perkara. Pengalaman, keyakinan, ketrampilan, peribadi, dan personaliti adalah di antara pelbagai perkara yang kita pelajari sedikit sebanyak daripada rumah. Memang persekitaran juga banyak mengajar dan membentuk kita, tetapi segalanya bermula daripada rumah, daripada ibu-bapa, adik-beradik, dan sanak-saudara...

No comments: