Bismillah
Tangan tak berhenti memukul, tapi menyuruh anak berhenti menangis
-nak membasmi budaya 'seronok' di kalangan pelajar..tapi ada pulak penganjuran karnival/pesta yang 'menghiburkan'....
Meletak ayam dan musang dalam satu reban. Bila musang makan ayam, siapa yang patut disalahkan?
Kenapa kita tak suka peraturan? Bukankah peraturan bertujuan menghadkan perkara-perkara yang kita boleh lakukan agar kita tidak melakukan kerosakan?
Sedangkan kereta ada brek untuk menghadkan/memberhentikan pergerakannya dari melanggar objek-objek yang tidak sepatutnya. Sukakah kita kalau kereta tidak ada brek untuk mengawalnya? cukupkah sebuah kereta dengan steering nya saja?
Alasan kita untuk tidak mengikut peraturan kerana kita tidak suka terpaksa. Tapi, hampir semua perkara dalam hidup ini adalah terpaksa.Contoh:
-terpaksa makan kalau tak nak kebuluran
-terpaksa mandi kalau tak nak badan berbau
-terpaksa tidur untuk merehatkan badan
-terpaksa mati kalau ajal dah tiba
-terpaksa bangun tidur untuk meneruskan kehidupan
-etc..etc
Semua analogi di atas adalah idea seorang ustaz semasa dia menceritakan pengalamannya menangani masalah disiplin pelajar universiti tempat beliau bertugas. Menarik mendengar analogi-analogi bernas beliau, jadi nak kongsi dengan antum semua. Moga bermanfaat dan dapat mencetuskan momentum fikir di kalangan kita semua.
No comments:
Post a Comment