Monday, November 20, 2006

bismillah

iklan untuk anak-anak atau adik atau sepupu atau kawan-kawan anda
Assalamualaikum
99 Q yang dimaksudkan ialah 99 Quotient atau Kebijaksanaan 99 - merujuk jumlah Asmaullahul- Husna. Dalam Sahih Bukhari, Rasul menyatakan "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya akan masuk syurga."
Apakah yang istimewanya hadis ini? Tidak lain tidak bukan, aspek kejayaan manusia di dunia dan akhirat dapat dicapai dengan mengamalkan isi 99Q ini yang akan disampaikan secara 'experiential learning' kepada pelajar. Ia mampu meningkatkan keimanan dan potensi kejayaan samada dalam bidang akademik, kerjaya dan kehidupan seharian. Modul ini adalah modul terbaru yang merujuk kepada tulisan Prof Dr Umar Sulayman al-Asyqar.
Aktiviti dalam Kem Remaja P.E.R.K.A.S. A (KRP)
Salah satu aktiviti dalam KRP ini ialah Modul 99Q yang dibangunkan oleh tenaga daripada Quality Expert Sdn Bhd, Noble Vision Consultants dan Bahtera Consultants. Menurut Ustaz Muhaimin, " banyaknya nama Allah menjelaskan bahawa kita manusia memerlukan banyak perkara. Siapakah yang perlu dihadap kalau kita kurang kasih sayang? Kurang rezeki? Malas? Tidak bersemangat? Tentulah ar-Rahman, Ar-Razzak... ."
Jangan lepaskan peluang untuk memberi peluang anak anda menjiwai Nama Allah Yang Mulia ini, bukan sekadar dilagukan di bibir-bir sahaja....Aktiviti tidak dilaksanakan dalam bentuk ceramah tetapi dalam bentuk aktiviti yang menarik untuk anak anda!
Layari http://bahtera.info/ untuk maklumat lanjut.

No comments: