Saturday, January 01, 2005

:: Ombak yang beralun ::

Abah, abang mahu ke pantai kehidupan. Ingin bermain ombak keinginan bersama teman-teman. Menikmati cerianya alam bermandikan terik mentari dugaan.

Abang, nanti kulit imanmu terbakar legam dek mentari dugaan itu, bau hangit melekat bau lautan kelalaian.

Tapi Abah, abang boleh mandi membersihkan daki-daki. Berenang-renang buat latihan rohani bersama teman-teman. Akan abang bawa sabun taubat untuk menyuci hati bersama.

Abang, badai lautan hidup adakalanya mengganas. Ombak dugaan kekadang memukul-mukul lembut tetapi kekadang menjulang tinggi dan membanting. Abah tak mahu abang lemas dalam lautan kelalaian itu.

Abah, Abang kan sudah dewasa dan tahu berenang merentasi cabaran, menangani hempasan badai keinginan. Lagipun, teman-teman adik boleh datang menyelamatkan.

Abang, Abah tak mahu iman menjadi taruhan. Kehilangan taqwa abang nanti abah terlalu risaukan. Takut-takut abang terlalu jauh dibawa hanyut oleh arus dosa, sehingga tiada daya untuk berenang semula ke tepian. Berhati-hatilah abang, jangan terpedaya dengan indahnya godaan ombak dunia ini.

8:06 pm dec 22, 2004
cleveland OH

No comments: