:: work = force x distance ::
Untuk berubah, kita perlu melakukan kerja. Kena ada daya dan gerakan. Push diri kita untuk melakukan perubahan.
Sesuatu benda yang statik (tidak bergerak) tidak melakukan sebarang kerja. Tiada sebarang perubahan berlaku ke atas benda tersebut.
Lebih kuat kita kenakan daya ke atas sesuatu, lebih besar kerja yang kita lakukan. Lebih jauh jarak anjakan kita, lebih obvious(jelas) perubahan yang berlaku.
Sekiranya kita ingin berubah, kita perlu berbuat sesuatu. Sekadar duduk menunggu dan berharap tidak akan membawa sebarang perubahan.
Bergeraklah dan mulakan kerja-kerja perubahan.
Berubah demi Tuhan
Mohon doa dipermudahkanNya
Agar usaha yang sedikit
Diberi berkali ganda kemudahan dan kebaikan
Aktifkanlah diri kita
Kerana pasif tidak membantu
Batu-batu jalanan dipijak
Mereka diam tidak bergerak
Hujan jatuh menimpa-nimpa
Kerana ia bergerak
Jatuh ke bawah dari celahan awan
Dengan izin Allahu robbi
No comments:
Post a Comment