Wednesday, March 08, 2006

Bismillah

Tulis, tulis, tulis
Tulislah sampai idea datang

Bunny tinggal satu jer lagi. Yang lain-lain tak mampu nak survived sampai ke harini. Singkat jer jangka hayat diorang. Kite pulak ni tak taula lama lagi ke hidup. Singkat ke panjang ke kite hidup atas muka bumi ni. Macam bunnies tu, tak tau apa-apa lagi dah sakit dan mati. Kite ni, harapnya jangan pulak xde buat amal apa-apa dan dijemput maut begitu saje.


Cuaca agak panas akhir-akhir ni. Hujan dah lama tak turun. Masa nila baru nak teringat nikmatnya bila hujan turun. Sejuk, nyaman, dan segar. MashaAllah hening jer suasana alam. Bila dah lama tak hujan ni, rasa rindu pulak kat hujan. Rahmat Allah yang menyuburkan bumi yang kontang, memang rahmat yang tak ternilai harganya. Btw, panas-panas macam sekarang pun, nikmat jugak. Cepat jer kain yang disidai nak kering, Alhamdulillah a'la kulli hal.

Idea bila datang mencurah-curah rasa senang jer nak menulis ape-ape. Tapi, kalau kekeringan idea, perah minda pun x terbit jugak titisan-titisan idea. Hanya izin Allah yang membolehkan segalanya...

Kita dikurniakan ilmu saban hari. Merenung alam, muhasabah diri, membaca, belajar, mendengar kuliah, etc .. inshaAllah ada ilmu dan kesedaran yang boleh didapati. Tinggal kite jer nak amal ilmu tu takat mana. Kalau diamal dan dihargai, rasanya boleh bawa manfaat pada diri sendiri sekurang-kurangnya. Tapi, kalau tinggal dalam buku nota saje, agak-agaknya boleh lupa la tu tak lama kemudian.

Peringatan ni ditujukan pertama-tamanya kepada yang menulis.
Umm Adam

1 comment:

adda said...

bismillah......mashaAllah,memang susah betul nak tulis kalau tak ade idea ni. Perah la macam mana pon, memang takkan jadi punye. Hai, lame dah tak ber'blog'. Idea adela sikit tapi,kalau nak mengarang nanti jadi tak penting. Babling je. Hmmm...ya Allah, berilah aku idea...ehehe. BTW, dah tau ye baby to boy?